promosi hari malaysia

promosi hari malaysia
ALIFFHARRAZ SHOP KEDAI BUKU ONLINE REGESTER 002519696

Halaman

infiru :BERANGKATLAH DARI JAHILIAH


===========================
Format: Paperback                RM25.00   BERANGKATLAH DARI JAHILIAH
Saiz: 5.5" x 8.25”
Code: INFIRU01
Tarikh Terbit: 15 Feb 2016
Jumlah Muka Surat: 297
Berat (Kg): 0.34                         BELI KLIK SINI
===========================

Berangkatlah Dari Jahiliah, Walau Payah Setara Mana Pun Kesusahannya Kerana Di Syurga Itu Sebaik-Baik Tempat Rehat, Dunia Ini Untuk Berjihad!

Melbourne &sedney



Melbourne & Sydney Dalam Sepuluh Hari


978-967-13549-0-2
99 item(s
Format: Paperback
Saiz: 6" x 8.5”
ISBN-13: 978-967-13549-0-2
Jumlah Muka Surat: 240
Berat (Kg): 0.44
===========================

Melbourne & Sydney
Kembara tujuh sahabat
Ke bumi Australia
Menjejak Mimpi
Melunas keinginan diri
Melbourne dan Sydney
Destinasi utama kami
Di sini ada memori yang tercipta
Merapat ukhuwah
Mengenali antara kita
Menjelajah kota
Mengagumi gunung dan lautan
Menatap kebesaran-Nya
Sungguh indahnya alam ini
Syukur pada Tuhan
Kami selamat pergi dan kembali
Membawa bersama 1001 pengalaman
Yang tak boleh dilupa
Kenangan pengikat jiwa
Ingatan menjentik rasa

Jangan padam rindu


Jangan Padam Rindu


RM23.00 BELI KLIK SNI
978-967-0874-17-3
14 item(s)

Saiz: 4.5" x 7.25”
ISBN-13: 978-967-0874-17-3
Jumlah Muka Surat: 646
Tarikh Terbit: 05 Jan 2016
Berat (Kg): 0.48
=============================

Dipinang orang? Biasalah tu kalau dipinang orang, kan? Tapi, yang luar biasanya bila Ellina dipinang oleh tuan haji kerepot yang bertongkat!
Tuan Haji: Ellina single, begitu juga dengan saya.
Ellina: Ibu saya juga single, tuan haji!
Tuan haji memang jenis tak reti bahasa. Dah disound tegak pun masih gigih memujuk. Pujuk pakai Whatsapp pulak tu! Tapi… ada sesuatu pada tuan haji yang Ellina senangi.
Pertama, tuan haji ni jenis yang speaking English!
Tuan Haji: Stalking is such a strong word. I prefer… intense research of an individual.
Kedua, tuan haji suka mengusik!
Tuan Haji: By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?
Ketiga, tuan haji seorang yang penyabar.
Tuan Haji: Insha-Allah, saya akan cuba dengan tabah, sabra dan doa. Just be mine!
Ellina pasrah. Terima ajelah walaupun hati tak rela. Tapi bila tiba hari pertunanga, Ellina rasa macam nak mati! Kenapa orang yang pernah menghinanya itu muncul semula? Apa kena-mengena orang itu dengan itu dengan tuan haji?
Apa yang Ellina patut buat? Dalam pada dia bencikan lelaki itu, masih tersimpan rasa rindu di hati.

Selamat tinggal sayang


Selamat Tinggal Sayang


978-967-0830-81-4
14 item(s)
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25”
ISBN-13: 978-967-0830-81-4
Jumlah Muka Surat: 558
Tarikh Terbit: 05 Jan 2016
Berat (Kg): 0.44
==============================

Aku ingin menjadi ‘puteri’… kalau tidak puteri kayangan pun… cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu puteri kecapi. Lalu kerana ‘Puteri’, dia senang menjadi ‘Dee’, bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan.
Namun ‘Dee’ tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab… melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi perlarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi… dan sampai bila puteri harus digantung tidak bertali…

Jejaka edisi terhad


Indah. Berdiri di atas kaki sendiri bukan mudah. Menjadi akustik konsultan dengan gaji yang ciput tapi kerenah pelanggan.. ya ampun! Baru minggu lepas dia siapkan studio jamming untuk bilik atas rumah mamat ni. Takkan nak buat lagi satu studio jamming pulak? Ke… mamat ni nak buat bilik recording pulak?
“Encik, takkan semua bilik nakbuat studio?” – Sara
“Suka hati sayalah. Saya bayar, kan?” – Que
Que yang terpaut hati pada Sara sanggup buat lagi satu studio di rumahnya demi mendampingi akustik konsultan yang comel itu. Peluang yang dia ada….
- Dia kaki main snooker, bakal ‘abang ipar’ tuan punya pusat snooker.
- Dia kaki motor besar. Bakal ‘abang ipar’ ada berderet motor besar.
Halngan yang nyata: Sara tak suka pramugara!
Dia boleh aje berhenti kerja seperti yang daddy dia harapkan tapi halangan paling kelakar, selera Sara ialah ‘tall, dark, handsome.’ Mana mungkin anak kacukan sepertinya memenuhi syarat itu. Pertaruhannya hanya pada keikhlasan cinta yang abadi.
Dapa3tkah Que yang tall, fair, handsome itu memenangi hati Sara sedangkan Sara sudah mempunyai ‘seseorang’ dalam hidupnya?
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0874-18-0
Jumlah Muka Surat: 622
Tarikh Terbit: 05 Jan 2016
Berat (Kg): 0.47
===========================

#HURT



Hurt

 
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0992-03-7
Jumlah Muka Surat: 624
Tarikh Terbit: 05 Jan 2016
Berat (Kg): 0.47
===========================

Tiga tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.
“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” – Aatiq
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” – Raqib
Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.
“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” – Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” – Shafiq
Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

Calla lily dan encik bos

     Cik Calla Lily dan Encik Bos


RM21.00
10 days
978-967-0890-79-1
14 item(s)
ADD TO CART
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25”
ISBN-13: 978-967-0890-79-1
Jumlah Muka Surat: 480
Berat (Kg): 0.38
===========================
AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni.
Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali.
“Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?”
“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!”
“Enjoy kepala hotak korang. Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?”
“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?”
“Fast and Furious!”
Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka.
Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily? Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda. Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda.
Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?

Motivasi super


RM14.00
10 days
978-967-0142-39-5
8 item(s)

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-366-069-8
Tarikh Terbit: 30 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 216

Berat (KG) : 0.20
Anda mahu jadi pelajar super? Apakah ciri-ciri pelajar super? Bagaimana mahu menjadi Pelajar Super? Apa kaitan Modul Super Study dengan Pelajar Super? Dapatkan jawapannya di dalam buku ini!
Buku ini adalah komplikasi modul Super Study yang sudah dijalankan sejak 2006. Lima komponen asas Sistem Super Study adalah:
  • Memiliki perancangan yang professional (strategy) dalam pembelajaran dengan 3 strategi belajar: Nota Super, Revisi Super dan masa super
  • Memiliki kemampuan belajar dan memahami sesuatu perkara dengan cepat dan cekap (understanding) melalui 3 proses faham super: soalan minda, bacaan awal dan kata kunci.
  • Memiliki keperibadian (personality) yang unggul dengan 3 nilai super: bertanggungjawab, berwawasan dan berdisiplin.
  • Cekap menjawab peperiksaan (exam skill) dengan 3 tip super exam.
  • Mampu menghafal (remember) apa yang sudah difahami dengan 3 kuasa memori dan 3 teknik memori super.
Anda layak digelar pelajar super kelima-lima komponen ini anda amalkan dalam pembelajaran!
1.       Strategy
2.       Understanding
3.       Personality
4.       Exam Skill
5.       Remember

RM12.00
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 978-967-0844-04-6
Jumlah Muka Surat: 106
Berat (Kg): 0.09
===========================
Sebenarnya cerita ini bukanlah mengenai rumah teres berkos rendah yang kita semua tahu bahawa harganya tidaklah serendah yang disangkakan. Ini adalah cerita tentang seorang posmen atau lebih tepat lagi, ini cerita dalam kepalanya. Ya, cerita dalam kepala si posmen.